Sunday, February 27, 2011

SAYA AKAN JAGA AWAK BAIK - BAIK !!!


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Tuesday, February 22, 2011

PRAY


i open the book
they call it-i'm learning
i laugh hilariously
they call it-i'm sunshine,happy
i help a friend of mine out of difficulties
they call it-i'm nice,kind-hearted
i love to share
they call-i'm generous
but when i stop doing
they call it-i'm failed
i have crystal layers in my eyes
they call it-i'm crying baby
i speak out what i feel
they call it-i'm complaining
it's ok,friend!
i dont mind
but please do know that
if the time comes
i come down on my knee
its not because i've surrender
-i'm praying to God

lagenda yang masih hidup dihati umat !!!


Satu ketika

Cinta itu pernah ada

Kalau tidak,manakan dapat sinar Islam

Mengetuk pintu-pintu setiap celah dunia

Ya,cinta hebat itu pernah ada

Pernah dihulurkan

Cuma tinggal kita

Nak sambut atau nak campak?

noting !!!

a girl with flower..


she wake up early,do the chores like everyday
day by day,the hardship never made her astray
to God she speak,from the innerself of her's
Dear God!you gave me what you gave me
you speak to me when i read Your words
give me calm! give me hope!
i won't ask for easiness as it make me weak
what i ask is just, make me stronger
just like a lotus
live,struggle to live
in muddy water,no one care
but after every difficulties,there's a relief
indeed,in every difficulties,there's a relief
when the time comes,the lotus blooms
it become the most beautiful and adored amongst all

SI GADIS


Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya. Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
“Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku.”
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, “…Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa…”.Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
“Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela.” (Riwayat At Tirmizy, Sa’id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)”
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.
Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat ‘restu’ untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

ISTIQAMAH MELAWAN NAFSU


cuti ini, hanya ALLAH dan saya yang mengetahui kegiatan-kegiatan saya. kata kawan saya, “ilmu Allah kan luas. tak semestinya baca buku pelajaran je kita boleh dapat ilmu.”
saya punya satu pesanan buat ‘sahabat saya yang terdahulu itu’.
    “kebahagiaan di dunia bukanlah segala-galanya. dunia hanya persinggahan. kita mengutip segala amal kebajikan di dunia ini untuk di bawa sebagai bekalan. usahlah terlalu suka dan lalai. jika mahu mencari cinta. biarlah yang mendapat keredhaan ALLAH. apa yang haram itu tetap haram hukum nya. usah berdalih-dalih lagi. tinggal kan kemungkaran semampu yang boleh.”
sesungguhnya, saya menulis untuk kali ini kerana kekuatan yang diberikan oleh ALLAH. tatkala menaip ini pun, sebenarnya terdetik di hati ini “aku ni bagus sangat ke? nak nasihat kan orang pulak. diri sendiri pun x betul lagi”
saya tidak mahu dituduh sebagai “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”, ataupun “cakap tak serupa bikin”.
tetapi dengan sedikit ilmu pemberian ALLAH ini, saya mahu kongsikan bersama. saya cuba ber amal makruf, nahi mungkar.
bagi saya memang manusia tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan. saya juga.
disebabkan itu lah ilmu yang setitik ini mahu saya kongsikan bersama kawan-kawan. supaya ada yang akan mengingatkan saya tatkala saya leka. ada yang menegur saya tatkala saya lalai.
sungguh saya seorang yang kurang gemar ditegur. saya juga seorang yang moody. namun percayalah, bahawa ALLAH sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya yang dipilih.saya juga selalu berdoa untuk hidayah tersebut. insyaALLAH, ALLAH akan membuka pintu hati saya untuk menerima segala teguran.
terus terang saya berkata, saya
    sedih
melihatkan ‘sahabat saya yang terdahulu itu’ tatkala ini.
cemburu?
    maaf!
saya tidak pernah cemburu jika kehidupan seperti itu yang kamu pilih.
saya punya pertanyaan..
*dimana sifat malu kamu yang dahulu?
saya suka pada sifat malu kamu yang dahulu. tatkala itu kamu boleh membezakan yang baik dengan buruk.
tolong jangan katakan, ‘kehidupan selepas alam persekolahan membuang malu mu itu.’ adakah kerana kejutan budaya?
sebelum ini, hanya kaum sejenis yang dijumpai di sekolah. sebelum ini, tiada kaum lain yang menggoncang kan iman kamu. sebelum ini, kamu mampu menundukkan pandangan mu. istiqamah lah ‘sahabat saya yang terdahulu itu’! melawan nafsu itu juga jihad. masih belum terlambat.
usah takut di ejek oleh kawan-kawan mu, jika mereka katakan “eleh, macam bagus je”.apalah sangat ejekan mereka itu jika mahu dibandingkan dengan balasan ALLAH di akhirat kelak.
saya tahu agak sukar untuk melakukan perubahan. saya juga begitu. masih ada karat jahiliyah di dalam diri saya sebenarnya. tapi kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada ALLAH supaya diberikan nur Nya itu.
terus terang saya katakan, jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak mahu bersahabat dengan kamu sejak dahulu lagi.
jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak akan berkata-kata kepada sesiapa yang saya bangga mempunyai sahabat seperti kamu.
jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak akan berusaha untuk ‘keep in touch’ dengan kamu.
    sungguh!
    pesanan saya :saya mahukan sahabat saya yang dahulu. kenal erti malu. dan tanpa sedar, kamu telah membawa saya untuk mengenal Islam dengan lebih dekat.

Tuesday, February 15, 2011

DUHAI HATI

Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Monday, February 14, 2011

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?


Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya


Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan


Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki


Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…
dan kau jua tidak memiliki diriku.”


Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali
Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya


Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi


Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar...........
Aku bimbang .sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.


Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau . apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit


Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?


Aku bimbang..amat bimbang.imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?


Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.


Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.


Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
Di akhir zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu tidak akan dipandang orang
Kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan


Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan, kawan hilang dan dihina orang
Sanak-saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang


Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina, di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci, kawan-kawan tidak peduli


Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati


Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil tuhan


Ada duit, ada kekayaan dihormat orang, walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya mudah menang


Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang

UNTUK LELAKI YANG BERADA DALAM BLOG NI!!!!

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman
wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya
takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya
patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh
saling bantu-membantu di satu hari yang amat
dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik
betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia
tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai
bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di
suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang
Maha Pencipta!


Saya suka sangat tengok body teman wanita
saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan
dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih
dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan
berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat
pahala! Syoknya!


Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa
ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran
sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-
macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta
elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati,
bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-
sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia
tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya
saya!


Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-
cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya...
KERANA CINTA YANG HAKIKI ITU HANYALAH PADA ILAHI....


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-
menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga
kami dapat kekal selama-lamanya, di syurgaMU nan abadi
suatu hari nanti. Amin!!

Sunday, February 13, 2011

Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku.


Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.




Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama.


Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, " Ala, kau jangan jadi hipokrit la....rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?"....


A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.


Situasi kedua. Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut.


Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.


Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,"Ha...ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"....dengan nada yang sinis.


A pun menjawab..."Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita".


Situasi ketiga. Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu.


Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik.


Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini," Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik".


Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?


Apa yang ingin saya bawa disini ialah, manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari. Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?


Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.


Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.


Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.


Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.


Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.


Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.


Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?


Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci. Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci. Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu, jangan mudah berputus asa kepada Allah. Allah ada berfirman dalam ayat 53-55, Surah Az-Zumar yang mana maksudnya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar. Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri(untuk kembali padaNya), yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan.


Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya. Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya. Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga?!


Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun!
pesanan buat seorang teman..agar anda berjaya menemui seorang sahabat..


" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-


kata2 diatas telah betul2 menyentuh hatiku..lantas mengingatkan aku tentang seorang temanku yg amat aku kasihi.. disini.. tintaku buat temanku itu……..


aku menyayangimu sebagai seorang teman..kawan..dan sahabat.. dirimu sentiasa ada dihatiku..pernah ku katakan barang sesiapa sahaja yang berjaya mengisi ruang hidupku..tidak kiralah dari apa cara sekalipun..akan ku anggap dia teman ku..


untuk kau wahai temanku..kau berada seiringan dengan teman-temanku yang lain..yang amat aku hargai dan kasihi..sesungguhnya betapa kau tahu aku amat menyayangi mereka..tidakku sanggup menimbulkan walau segaris luka dihati mereka..termasuk kau temanku.. namun.. kau masih menjadi misteri.. izinkan aku mengenalimu, kerana aku tidak tahu siapa engkau sebenarnya..izinkan aku membantumu waktu dukamu, paling tidak aku akan berusaha menenteramkanmu..walaupun dengan seulas bicara.. benarkan aku berkongsi lukamu, sebagaimana aku telah membenarkan engkau menyelami isi hatiku.. kerana aku tahu ade sesuatu yang engkau cuba selindingi dari pengetahuan dunia.. berikan aku sepenuh kepercayaan mu..kerana engkau tahu aku amat mempercayaimu.. engkau pernah bertanya..bagaimana caranya untuk mendapat sahabat sejati.. inilah caranya..rendahkan egomu..senangi dirimu..yakinlah dengan kejujuran insan disekelilingmu..pasti kau akan menemui sesuatu pertalian yang amat indah..pertalian yang hanya bersandarkan kepada kejujuran dan kesetiaan..serta kasih sayang mendalam dari seorang teman…. kerana kau perlu tahu.. tiada yang lebih bermakna bagi seorang sahabat.. melainkan hanya menginginkan yang terbaik untuk sahabatnya itu..tiada dendam..tiada luka…
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan


Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan


Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya


Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan


Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.

Monday, February 7, 2011

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan


Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?


Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?


Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?


Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu


Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu

Sunday, February 6, 2011

Assalamualaikumأ¢â‚¬آ¦..
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang dijaga rapi olehku selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkanku tersedar dari lena yang panjang. Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini kututup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah sedaya kudratku yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah niatku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat expressionless face dan cool. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Seboleh-bolehnya aku melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang sebenar, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalilku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan dirimu mu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta Allah itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Wassalamأ¢â‚¬آ¦..

Wednesday, February 2, 2011


Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.


Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.


Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya. <3 <3 <3



Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.