Di suatu petang yang sunyi…
“Aii Man, kenapa senyap saja ni? Termenungkan apa?” tanya seorang abang.
“Tak ada apa pun bang. Cuma memikirkan bagaimana untuk memahami perasaan seorang yang bergelar perempuan,” terang Man dengan nada perlahan.
“Pepatah Inggeris ada berbunyi, ‘never try to understand woman because you will never understand’. Walaupun ada benarnya pepatah itu, tapi sikap kamu untuk memahami perasaan perempuan ini boleh dibanggakan,” kata abang itu kembali.
“Hmm..” sahut Man acuh tak acuh.
……………………………………………
Di suatu ketika yang lain pula…
“Kenapa ya perempuan ini sukar untuk ditelah kemahuan dan perasaan mereka?” soal seorang teman secara tiba-tiba setelah berdiam sekian lama.
“Dan kenapa kamu tanya begitu?” soal pula seorang rakan yang lain.
“Iyalah, emosi mereka cepat sangat berubah. Pagi dan tengahari tadi dia mengungkapkan kata sayang, bila masuk petang saja begitu mudah dia ungkapkan pula perkataan ‘I hate U’,” terang teman yang pertama tadi.
“Biasalah perempuan. Mereka memang sukar untuk difahami. Mereka terlalu ‘complicated’. Kamu tidak pernah dengarkah bahawa perempuan ini boleh disamakan juga dengan masalah jika kita cuba buktikan dengan pengiraan matematik mudah?” bicara rakan yang kedua itu sambil mengiyakan kata-kata teman yang pertama.

……………………………………………
Di suatu malam selepas selesai mesyuarat dijalankan…
“Okey bang, saya minta diri dulu,” kata penulis.
“Aii MoFas, awalnya nak balik. Marilah kita minum dulu sambil borak-borak,” ajak seorang abang yang sememangnya penulis rapat dengannya.
Seorang abang yang mesra. Antara abang yang selalu penulis borak dan bergurau senda di dalam organisasi kemasyarakatan ini. Organisasi yang satu masa nanti akan mendaulatkan Islam di tempat yang hak dan akan mentadbir negara dengan selayaknya, InsyaAllah.
“Tak apalah bang, dah lewat ni,” jawab penulis menolak pelawaan dengan lembut.
“Alah kamu ni, balik awal pun bukan ada bini yang tunggu kat rumah. Abang yang ada bini ni pun relax jer,” perli abang.
“Bakal bini suruh balik awal bang. Dia dah warning awal-awal. Kalau lewat nanti kena tidur luar,” jawab penulis sambil senyum.
“Aii kamu ni MoFas. Orang semua sibuk takut dengan virus H1N1, kamu pula takut dengan virus B1N1,” tambah abang.
“Virus B1N1?” soal penulis kembali.
“B1N1 tu BINI la,haha..,” jawab abang sambil ketawa besar.
“Belum kahwin lagi dah takut dengan bini, kalau dah kahwin nanti tak tahulah macamana pula nanti,” tambah abang lagi.
……………………………………………
“Aii Man, tak ada angin, tak ada ribut, kenapa tiba-tiba masuk office ni?” tanya seorang rakan sepejabat.
Soalan itu tidak dijawab oleh Man. Sengaja dia mendiamkan diri.
“Man, selalunya setiap hari bekerja bukan main kamu nak balik awal. Tapi hari ni hari Sabtu, kenapa boleh masuk pejabat pula. Kamu ada masalah?” soal rakan itu kembali dengan sifat ingin membantu.
“Orang rumah aku buat hal. Dia merajuk. Aku masuk office ni pun nak berehat sekejap,” jawab Man dengan nada perlahan.
“Alah, biasalah tu perempuan. Dia akan merajuk untuk menunjukkan perasaan dia. Mungkin dia hendakkan perhatian dari kamu,” terang rakan tadi.
“Balik nanti kamu berikan dia surat cinta ini,” tambah rakan tadi sebelum beredar.
…..
Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Namun begitu Hawa kekasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi….Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan.. Namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku. Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan. Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan. Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. Namun tidakkah kau terfikir wahai hawa, bagaimana buntu kami kerana ingin mendidikmu?Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi, lalu kau merajuk menjauhkan diri….
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu….
Lalu kau meninggikan suara terhadapku… Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita, lalu kau masukkan ke dalam surat khabar… Ku tegur dengan penuh lemah lembut, kau tak dengar, kau buat main-main… Aku merajuk, kau cakap, “mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg”Wahai Hawa yang kuhargai….
Bagaimana lagi harus kami lakukan? Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat
pada matamu, pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste….
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami? Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?Hawa yang kuhormati…
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu… dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami, Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau terfikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa…Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi….
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu… tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai….
…..
“Ya, macamana sekalipun rajuk dia, marah dia…aku tetap menyayangi dia dan dia tetap isteri aku,” monolog Man di dalam diri.


0 comments:
Post a Comment